Dalam modul ini saya ceritakan kelebihan-kelebihan menghafal ayat-ayat AlQuran. Terutama surah-surah pilihan.
Betulkan cara berfikir supaya kerja dan proses menghafal ini berjalan dengan jaya dan hingga anda mencapai target. Ramai orang kalah awal dengan diri sendiri kerana masalah ini tidak diselesaikan awal.
Modul 3 ini saya terangkan 6 syarat sebelum menghafal. Selagi tak cukup syarat ini, jangan mula menghafal. Saya juga terangkan cara menetapkan target hingga boleh menghafal 30 juzu Al-Quran insyaAllah (jika ada keazaman). Juga saya ada sebut tentang teknik pernafasan, dan akhir sekali tentang pemanasan otak (ramai yang tak buat benda ni).
Sekarang anda dah bersedia untuk menghafal. Sepanjang proses menghafal, anda mesti ada 3 fokus ini (dengar, lihat, perasaan). Juga anda akan belajar bagaimana cara menggabungkan ayat sehingga mampu baca satu mukasurat sekaligus. Nanti ada sekali saya buat video praktikal.
Saya akan terangkan solusi bagi masalah cepat lupa. Hafaz pagi, malam dah lupa. Hafal kelmarin, hari ni dah tak boleh nak baca. Penyelesaian masalah ini ada dalam modul 5 ini.
Ini bonus paling best, akan diterangkan cara cepat hafal sehingga mampu buat 10 minit satu mukasurat. Jika tahu cara ni, sangat mudah bagi anda nak habiskan hafal 30 juzu tu nanti.